MAYAT mangsa ditemui dalam longkang. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
MAYAT mangsa ditemui dalam longkang. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Oleh Noor Hidayah Tanzizi


Manjung : Lelaki ditemui maut akibat terkena renjatan elektrik selepas dikatakan cuba mencuri kabel pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Pantai Saujana, Pantai Remis, di sini, semalam.

Mayat mangsa yang berusia 24 tahun ditemui orang awam 4 petang semalam dalam keadaan berulat dan terbaring dalam longkang berhampiran pencawang terbabit sebelum gambarnya diviralkan di dalam Internet dan laman sosial.

Difahamkan mangsa seorang penagih dadah dikatakan cuba memotong kabel dalam kotak suis di pencawang TNB itu sebelum terkena renjatan elektrik.

Menurut sumber, mangsa dikatakan bersama seorang rakannya ketika kejadian namun rakan mangsa melarikan diri dengan menaiki motosikal sebaik kejadian berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, mangsa baru sahaja keluar dari pusat pemulihan dadah dan tidak pulang ke rumah sejak tiga hari lalu.

"Hasil siasatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia sejak tiga hari lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @ 4:30 PM