Oleh Sarah Zulkifli


Kuala Kubu Bharu : Seorang guru sekolah rendah agama berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, yang juga janda anak empat di depan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Abdul Ra'of Mohd Dimyati, 26, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhelmy Hassan.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut membenarkan permohonan peguam bela yang mewakili tertuduh, Datuk Hanif Hashim supaya membenarkan anak guamnya ke hospital psikiatri untuk menjalani pemeriksaan mental.

Tertuduh yang memakai baju hijau dan berseluar jeans itu kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menbunuh Nor Salina Nazir, 34, di kawasan lapang tepi sekolah itu pada 8.30 malam pada 5 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 12:04 PM