MODEL memperagakan gaun label pereka tempatan yang mesra alam sebagai salah satu kaedah kempen kesedaran memulihara sungai di Indonesia.
MODEL memperagakan gaun label pereka tempatan yang mesra alam sebagai salah satu kaedah kempen kesedaran memulihara sungai di Indonesia.
SISA sampah dan buangan toksik yang jelas kelihatan di sungai Citarum berpunca daripada industri  tekstil berhampiran kawasan itu.
SISA sampah dan buangan toksik yang jelas kelihatan di sungai Citarum berpunca daripada industri tekstil berhampiran kawasan itu.
MODEL menggayakan topeng gas dan kasut but getah ketika pertunjukan kempen ‘Tidak kepada fesyen dengan jejak toksik’ di Jawa Barat, bulan lalu.
MODEL menggayakan topeng gas dan kasut but getah ketika pertunjukan kempen ‘Tidak kepada fesyen dengan jejak toksik’ di Jawa Barat, bulan lalu.
Susunan Nor Faizah Mohamed


Ia bukan pertunjukan fesyen tipikal. Tanpa soroton lampu neon dan sekadar mengharapkan sinar mentari, sekumpulan model berarak di platform kecil di tepi sungai Citarum yang dicemari sisa toksik dan sampah sarap buangan penduduk.

Terletak di daerah Rancaekek, Jawa Barat, Indonesia, sungai itu masih digunakan untuk mengairi kawasan sawah padi berhampiran.

Tanpa menghiraukan terik suria dan bau yang kurang menyenangkan, barisan model terbabit berjalan penuh gaya sambil membawakan sepanduk yang menekan isu kemusnahan alam sekitar berpunca daripada industri tekstil di negara itu.

Dengan menggayakan topeng gas dan busana berjenama, model terbabit melangkah penuh yakin dengan kasut but getah sambil diiringi muzik rancak dan tanpa lelah mengangkat sepanduk menyatakan ‘Tidak kepada fesyen dengan jejak toksik’ (Say no to fashion with a toxic trail).

Pertunjukan fesyen itu yang dianjurkan Greenpeace iaitu pejuang alam sekitar bersama pereka tempatan, disasarkan untuk mengetengahkan isu kemusnahan alam yang disebabkan oleh kilang tekstil termasuk yang menghasilkan jenama global berikutan amalan membuang sisa industri ke laluan sungai berhampiran.

“Greenpeace mendesak industri terbabit menghentikan amalan memusnahkan alam sekitar dengan bahan kimia berbahaya seperti ini.

“Kami desak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas kepada pelaku dan menguatkan lagi peraturan membabitkan pengurusan bahan kimia berbahaya agar impian untuk bebas toksik dapat dicapai pada masa depan,” kata penganjur kempen, Ahmad Ashov Birry.

Pertunjukan fesyen itu sengaja diadakan di Rancaekek berikutan peranannya sebagai pusat industri tekstil terbesar di Indonesia.

Kawasan terbabit dinamakan sebagai salah satu daripada 10 lokasi paling tercemar di dunia pada 2013 oleh kumpulan alam sekitar, Institut The Black­smith dan Green Cross Switzerland.

Kumpulan itu mengenal pasti pelbagai jenis sisa buangan toksik, antaranya aluminium dan mangan, di dalam sungai Citarum yang menyalurkan air sehingga ke Jakarta.

Menurut Greenpeace, Di Rancaekek saja mempunyai lebih 1,200 hektar kawasan penanaman padi yang tercemar.

Pertunjukan fesyen itu adalah sebahagian daripada kempen Greenpeace dikenali sebagai Detox yang dijalankan sejak 2011 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan industri perkilangan agar tidak membuang sisa kimia ke dalam sungai.

Nama besar seperti Zara dan Adidas dilaporkan memberi komitmen penuh kepada kempen itu.

Kebanyakan sungai dan kawasan pertanian di Indonesia dicemari dengan sisa toksik yang disebabkan oleh amalan pembuangan itu.

Bukan saja industri tekstil yang melakukannya tetapi hampir semua bidang industri mengambil pakai kaedah pembuangan itu.

Tambah Greenpeace, lebih 100 juta rakyat Indonesia, daripada jumlah keseluruhan 250 juta penduduk, tiada akses kepada air bersih dan selamat. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mei 2015 @ 5:03 AM