Didi meninggal dunia pada usia 58 tahun. FOTO ihsan Kompas
Didi meninggal dunia pada usia 58 tahun. FOTO ihsan Kompas

Jakarta: Pelakon popular Indonesia, Didi Petet meninggal dunia pada usia 58 tahun di Tangerang, Indonesia, pagi tadi.

Berita itu disahkan anak saudara Didi iaitu Muthia Kautsar.

"Ya, bapa saudara saya meninggal dunia pagi tadi," katanya.

Sebelum menghembus nafas terakhir, Didi atau nama sebenarnya Didi Widiatmiko dibawa ke hospital di Bandung, Selasa lalu bagi menjalani rawatan lanjut selepas dilaporkan pengsan setibanya dari Milan, Itali, Ahad lalu.

Punca kematian Didi masih belum dapat disahkan dan jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Sasak Tinggi, Ciputat, Jakarta.

Didi terkenal menerusi filem seperti Catatan Si Boy, Di Bawah Lindungan Kaabah, Pacar Ketinggalan Kereta, Kamulah Satu-Satunya dan Pasir Berbisik. Kompas

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 3:49 PM