Baru-baru ini dalam satu majlis hiburan, SS bertemu seorang rakan yang meluahkan rasa bengangnya terhadap sikap seorang artis wanita.

Katanya, artis wanita yang dicop ‘cakap tak serupa bikin’ itu suka menyalahkan orang lain sekiranya timbul sebarang masalah di antaranya dengan kekasih hati.

Senang saja dia melabel individu lain sebagai orang ketiga.

Hakikatnya, artis wanita itu pun kata rakan SS seorang yang ramah dan mudah mesra. Ada kalanya, kalau bertemu dalam majlis hiburan, lagak artis wanita itu boleh tahan juga gediknya.

SS hanya mampu tersenyum mendengar luahan rakan itu.

Katanya, dia bengang apabila artis wanita itu menuduh teman baiknya cuba merampas si kekasih hati.

Sekarang lain pula ceritanya bila artis itu dan pasangannya sudah berbaik semula. Bahkan, keluhan yang pernah didakwanya membabitkan orang ketiga itu sepi begitu saja.

Dalam soal ini, SS tidak berpihak kepada sesiapa lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan kisah peribadi seperti hubungan percintaan ini.

Pada SS, biasalah orang kalau beremosi, macam-macam boleh cakap.

Apapun, bagi SS dalam apa saja keadaan cuba bertenang. Jangan mudah menjatuhkan kesalahan kepada orang lain kerana pasti akan ada hati yang terluka.

Namun, SS tetap doakan yang terbaik dalam hubungan rakan itu bersama artis wanita terbabit. Bukan apa, tak elok menyimpan marah lama-lama.

SS: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 5:06 AM