Terkejut SS apabila dimaklumkan seorang teman mengenai tingkah laku artis wanita yang terlebih mesra dengan peminat yang katanya artis itu sendiri bertindak memberi nombor telefonnya kepada peminat.

Ketika hadir pada satu majlis hiburan, peminat lelaki itu ternampak artis wanita yang namanya sedang meningkat naik itu dan dia pun menghampiri artis itu sekadar mahu bertanya khabar dan berbual-bual.

Tiba-tiba artis itu mengambil telefon bimbitnya dan memasukkan nombornya. Pada mulanya SS sukar mahu mempercayai cerita disampaikan lelaki itu, namun apabila SS sendiri ternampak sendiri gelagat artis itu yang terlebih gedik dan terlebih mesra, memang tidak mustahil.

Memang kelakar mendengar cerita lelaki itu kerana selalunya peminat yang beria-ia mahukan nombor telefon artis. Ini sebaliknya pula yang berlaku, tak perlu bersusah payah menebalkan muka minta nombor telefon terus artis itu bagi dengan rela hati.

Apa yang pasti SS sendiri tidak tahu kenapa artis itu sanggup bertindak sedemikian.

SS: Peminat lelaki itu memang kacak tetapi berstatus tunangan orang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2015 @ 11:06 AM