MAYAT mangsa ditemui sepasukan anggota bomba. FOTO Omar Osman
MAYAT mangsa ditemui sepasukan anggota bomba. FOTO Omar Osman
Omar Osman


Sungai Petani: Kanak-kanak perempuan, 8, yang terjatuh dalam sungai di Kampung Tengah, Padang Temusu, Jumaat lalu ditemui lemas, hari ini.

Mayat Nur Aishah Suhaimi ditemui jam 10 pagi tersangkut pada dahan pokok di Kampung Dakwah, Sungai Petani, kira-kira 1.5 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Kanan I Mohamad Yunus Abu berkata, mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan tertiarap tersangkut pada dahan pokok oleh sepasukan anggota bomba yang melakukan gerakan mencari.

Katanya, operasi mencari mangsa yang masuk hari ketiga diterus kira-kira jam 8 pagi ini bermula dari tempat mangsa terjatuh turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

"Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 12:20 PM