GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nur Izzati Mohamad

LELAKI yang terjun dari Kilometer 11.4, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Batu Kawan, Ahad lalu, ditemui lemas berhampiran Pulau Rimau, Batu Maung, hari ini.

Mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemui oleh nelayan ditemui nelayan di perairan berkenaan, pada 8.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mayat diserahkan kepada bomba yang kemudian membawa mayat itu ke Jeti Batu Musang.

“Mayat lelaki itu sudah dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk proses bedah siasat,” katanya.

Pada kejadian malam Ahad lalu, polis menerima panggilan daripada kakitangan jambatan yang memaklumkan insiden berkenaan.

Mangsa dikatakan meninggalkan motosikal yang ditunggang, sebelum bertindak terjun ke laut.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Oktober 2018 @ 3:31 PM