Zul Ariffin
Zul Ariffin

Kuala Lumpur: "Saya tiada genetik (keturunan) pukul atau angkat tangan pada perempuan."

Demikian kata pelakon Zul Ariffin sekali gus menafikan dakwaan dia pelakon bertubuh sasa yang memukul teman wanitanya seperti yang dilaporkan media, kelmarin.

Zul berkata, dia tidak tahu menahu mengenai kes terbabit namun menafikan perkara itu.

"Saya tak tahu nama saya panas sebab saya di lokasi penggambaran.

"Saya tak tahu nak cakap apa sebab individu itu bukan saya.

"Sekarang ini banyak lelaki yang tak berapa nak lelaki sangat. Saya rasa disebabkan umur itu nama saya dipetik tapi saya ambil peluang untuk bagi tahu umur saya 38 tahun," katanya dalam satu temubual media.

Menurut Zul, dia mengaku hilang hormat terhadap lelaki yang mengangkat tangan terhadap perempuan.

"Saya memang kurang hormat kepada lelaki yang angkat tangan pada perempuan," katanya.

Terdahulu, seorang pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa memukul teman wanitanya sekali gus beberapa nama selebriti dikaitkan seperti Zul Ariffin, Ammar Alfian dan Syazwan Zulkifli.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 4:29 PM