Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Bertunang atau tidak? Inilah persoalan yang sering diutarakan semua pihak setiap kali bertemu Nelydia Senrose mahupun kekasihnya, Qushairi Mohammed Razali atau mesra di panggil Qi.

Desas desus kedengaran mengatakan Qi sudah menghantar rombongan meminang untuk mengikat kekasih hatinya, namun pengesahan secara rasmi belum ada daripada tuan punya badan.

Sememangnya pasangan ini seakan-akan rimas apabila diasak bertalu-talu mengenai kesudahan hubungan mereka. Bagaimanapun, lumrah menjadi selebriti, pertanyaan seperti itu perlu dikendalikan sebaik mungkin agar mereka dilihat profesional oleh semua pihak.

Kehadiran mereka ke majlis sesi suai kenal artis ParanormalMY di Damansara, baru-baru ini mengundang perhatian media. Pasangan ini akhirnya membuka mulut merungkai cerita sebenar.

Qi berkata, dua tahun bercinta dia sememangnya bersungguh-sungguh mahu menyunting Nelydia menjadi isterinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 6:55 AM