KAMAL bantu beri semangat sebagai kawan supaya bangkit daripada kekecewaan.
KAMAL bantu beri semangat sebagai kawan supaya bangkit daripada kekecewaan.
Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Simpati dengan dia! Begitulah luahan pelakon Kamal Adli mengenai nasib Emma Maembong yang teruk dikecam peminat gara-gara berkongsi gambarnya bersama rakan ketika membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran Kamal yang ke-29 di laman Instagram baru-baru ini.

Baginya, sebagai kawan tiada salahnya Emma mengadakan majlis ini. Paling dikesali, apa salah Emma hinggakan bertalu-talu menerima kecaman peminat.

“Ketika itu saya baru habis penggambaran filem Isteri Untuk Dijual di Putrajaya dan pulang ke rumah. Sebenarnya saya bukan saja kenal Emma, bahkan turut rapat dengan beberapa rakannya.

“Jadi, mereka rancang buat kejutan di rumah saya dan tunggu saya pulang dari penggambaran. Sebaik tiba di rumah, mereka terus kenakan saya de­ngan lumur tepung dan pecahkan telur.

“Apabila Emma berkongsi gambar kami di Instagram, saya dah agak ia akan mengundang isu, tapi saya tak kisah pun kerana apa salahnya seorang kawan nak meraikan ulang tahun se­orang rakan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 7:27 AM