FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Ibrahim Isa

Ledang: Seorang jururawat Hospital Segamat meninggal dunia selepas Perodua Myvi dipandunya bertembung kenderaan lain di Kilometer 32 Jalan Muar-Segamat di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada 6.45 pagi itu, mangsa Nor Farhana Alwi, 32, dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Malangnya dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis daerah Ledang, Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 3:54 PM