KEADAAN kereta yang remuk selepas bertembung dengan lori. FOTO Hai Rozzaman Jalal
KEADAAN kereta yang remuk selepas bertembung dengan lori. FOTO Hai Rozzaman Jalal
Oleh Hai Rozzaman Jalal


Ledang: Lima murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sengkang Bukit Gambir Muar cedera termasuk tiga parah apabila Perodua Alza dinaiki bertembung dengan dengan sebuah lori di Jalan Bukit Gambir-Sengkang Batu 18 kira-kira 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Abd Razak berkata, semua murid berkenaan selain seorang guru lelaki yang memandu Perodua Alza terbabit dalam perjalanan ke SK Abdullah di Sungai Mati Muar untuk menyertai pertandingan bola tampar.

Beliau berkata, setibanya di lokasi nahas, kenderaan dinaiki tidak sempat mengelak sebuah lori yang tiba-tiba terbabas masuk ke laluan mereka dan melintang di tengah jalan.

"Kemalangan itu mengakibatkan tiga murid dikenali sebagai Siti Nurul Shafiqah Kasim, 12, (patah kaki kiri), Siti Nurim, 12, (patah tulang rahang, cedera di muka dan mulut) manakala Afiq Zahran Zamri, 10, (luka di mulut dan hidung).

“Dua murid lain iaitu Ikhwan Khusairi Fazlin dan Mohd Shahril Kasim, masing-masing berusia 11 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tangkak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2015 @ 7:07 PM