NIK Nawal meninggal dunia di tempat kejadian di Kilometer 43, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Wakaf Bunut, Gaal.
NIK Nawal meninggal dunia di tempat kejadian di Kilometer 43, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Wakaf Bunut, Gaal.
Oleh Azlan Hafeedz

Pasir Puteh: “Kami sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” kata seorang penduduk mahu dikenali sebagai Hussin, 50.

Hussin antara saksi awal menyaksikan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal, Nik Nawal Fahmi Nik Nazari, 21, di Kilometer 43, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Wakaf Bunut, Gaal, di sini, jam 10.50 malam.

Dalam kejadian itu, Nik Nawal Fahmi yang juga pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi, Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal jenis Naza Blade ditunggangnya terbabas.

Hussin berkata, insiden itu berlaku begitu pantas ditambah kawasan sekeliling lokasi yang gelap.

“Saya dan rakan hanya dengar bunyi dentuman dan tak nampak jejas bagaimana dia boleh terbabas, lagipun kawasan itu gelap.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 8:04 AM