Isuzu Malaysia Sdn Bhd melantik Kenji Matsuoka selaku Ketua Pegawai Eksekutif baru bagi memantapkan lagi posisi jenama itu dalam pasaran trak pikap dan trak komersial di negara ini.

Selain meletakkan sasaran untuk mengekalkan posisi syarikat sebagai jenama trak pertama di Malaysia, Matsuoka berharap untuk menguasai 20 peratus pasaran trak pikap Isuzu D-MAX dalam tempoh jangka pendek.

Matsuoka mengakui bahawa ciri utama produknya yang bertanggungjawab menaikkan imej kenderaan Isuzu, sekali gus memberi kepercayaan kepada pelanggang untuk beralih kepada jenama berkenaan.

“Pelanggan sedar bahawa kualiti produk kami adalah tahan lasak, boleh dipercayai dan menjimatkan bahan api.

“Faktor itu membolehkan mereka mengurangkan kos operasi tanpa perlu menafikan aspek prestasi atau ketahanan,” katanya.

Matsuoka berkata, syarikatnya akan memperkembangkan rangkaian produk dengan menambah varian kenderaan Isuzu untuk memenuhi keinginan dan keperluan spesifik pelanggan yang mana akan memperkenalkan Isuzu MU-X.

MU-X adalah kenderaan berkapasiti tujuh tempat duduk yang akan tampil di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2015 @ 5:03 AM