NAKAMURA (dua dari kanan) melancarkan perasmian pusat jualan dan servis (2S) Isuzu di Tringkap, Cameron Highlands.
NAKAMURA (dua dari kanan) melancarkan perasmian pusat jualan dan servis (2S) Isuzu di Tringkap, Cameron Highlands.
Lizam Ridzuan

CAMERON Highlands: Isuzu Malaysia Sdn Bhd, pengedar utama kenderaan jenama Isuzu di negara ini menyasarkan pembukaan dua lagi pusat jualan dan servis pada tahun 2019.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koji Nakamura berkata, sehingga Februari, terdapat 43 Pusat Servis Isuzu bertauliah di seluruh negara dan yang terbaharu dengan pembukaan di Cameron Highlands.

“Tanah tinggi Cameron Highlands adalah penting untuk pasaran kenderaan komersial ringan (LCV) Isuzu yang sesuai untuk digunakan pada permukaan jalan yang lasak dan mencabar,” katanya ketika perasmian pusat jualan dan servis (2S) Isuzu terbaharu, di sini.

Pusat terbabit dikendalikan Weng Fatt Otomobil yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam industri, menawarkan servis berjadual kepada pemilik tanpa perlu ke lokasi lebih jauh.

Menurutnya, Isuzu Malaysia juga menyasarkan 300 unit kenderaan servis di sini untuk tahun pertama ia beroperasi.

Sempena pembukaan itu, Isuzu juga menawarkan diskaun RM7,000 untuk pembelian model trak pikap D-Max single cab serta diskaun 15 peratus untuk gantian minyak enjin dan alat ganti.

Isuzu juga bakal melancarkan model baru dengan enjin 1.9 liter daripada 2.5 liter dan 3.0 liter di dalam pasaran pada tahun ini yang kini dalam perancangan dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 8:45 AM