Anggota bomba berusaha mengeluarkan jari mangsa yang tersepit buaian. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha mengeluarkan jari mangsa yang tersepit buaian. FOTO ihsan bomba
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa menahan kesakitan selama 15 minit selepas jari tangan kanannya tersepit buaian.

Dalam kejadian 9.58 malam itu, mangsa, Alisya Sofea Mohd Azriq, 4, dikatakan bermain buaian itu sebelum jarinya tersepit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10 malam sebelum tujuh anggota dan seorang pegawai bomba ke tempat kejadian.

Katanya, pihaknya tiba di tempat kejadian dan mendapati jari seorang kanak-kanak tersepit pada bahagian bawah buaian terbabit.

"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk meregangkan besi bagi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.

"Dalam tempoh lima minit jari mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 1:57 AM