MANGSA yang lemas.
MANGSA yang lemas.
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Mohamad Zulhairie Manzaidi

Tumpat: Kegembiraan empat sahabat yang mencari ikan di sungai berakhir tragedi apabila dua daripadanya lemas dalam kejadian di Sungai Gorek, Palekbang di sini, petang tadi.

Kedua-dua mangsa Nurul Afrina Mohd Yusoff dan Nur Sufi Maisarah Rosdi yang berusia 10 tahun ditemui pada 7.09 petang dan 7.12 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat Raja Arisan Raja Ismail berkata, mayat kedua-duanya mangsa ditemui berdekatan sungai yang mempunyai kedalaman lima meter.

Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa lima kanak-kanak berkenaan ke sungai itu pada jam 6 petang.

"Mereka dikatakan lemas pada 6.30 petang dan tiga daripada mereka yang berada di tepi sungai memaklumkan kepada penduduk kampung yang kemudian menghubungi bomba.

"Bomba sampai di lokasi kejadian pada 6.43 petang dan mencari kedua-dua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 10:55 PM