MAYAT mangsa diangkat untuk dibawa ke Hospital Mersing. Gambar kecil, tempat kejadian di kawasan Batu Mahmod di Pantai Tanjung Resang.
MAYAT mangsa diangkat untuk dibawa ke Hospital Mersing. Gambar kecil, tempat kejadian di kawasan Batu Mahmod di Pantai Tanjung Resang.
Oleh Mohd Sah Muda


Mersing : Rutin empat sahabat memancing setiap cuti hujung minggu berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas, manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian di Pantai Tanjung Resang, Endau dekat, semalam.

Mohd Hanafiah Yusoff, 43, ditemui timbul tidak jauh dari lokasinya dilaporkan hilang pada jam 2.20 petang, manakala sehingga jam 6 petang rakannya yang hanya dikenali sebagai Pian, 23, masih belum ditemui pasukan mencari.

Sebelum itu, Mohd Hanafiah dan Pian bersama dua lagi rakannya, Amir Safuan Omar, 19, serta Mohamad Akmal Hakim Salleh, 18, pergi ke pantai itu jam 10.30 pagi untuk memancing.

Bagaimanapun, semua mereka kecuali Mohamad Akmal pergi memancing di kawasan berbatu yang dikenali sebagai Batu Che Mahmod 20 meter dari pantai.

Dua jam kemudian, mereka bertiga yang asyik memancing mula menyedari terperangkap di atas batu terbabit berikutan keadaan air laut pasang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 5:22 AM