ROKIAH diberikan rawatan awal di tempat kejadian di Kilometer 20 Jalan Tanjung Resang-Mersing pagi kelmarin. FOTO  Mohd Sah Muda
ROKIAH diberikan rawatan awal di tempat kejadian di Kilometer 20 Jalan Tanjung Resang-Mersing pagi kelmarin. FOTO Mohd Sah Muda
Mohd Sah Muda

Mersing: Perjalanan pulang dua sahabat warga emas dari bank bertukar detik mencemaskan apabila kedua-dua mereka cedera selepas diragut dua lelaki bermotosikal di Kilometer 20, Jalan Pantai Tanjung Resang-Mersing jam 11.30 pagi kelmarin.

Mangsa Mek Chik Mohd, 67, yang menunggang motosikal Honda Wave bersama jirannya, Rokiah Sh Said, 70, dalam perjalanan pulang dari Bandar Mersing ke rumah mereka di Kampung Tanjung Resang, Endau.

“Pada mulanya kami sangka mereka mahu memotong motosikal kami kerana berada di laluan sama namun berlaku sebaliknya apabila kedudukan mereka semakin rapat.

“Motosikal kami dihimpit sebelum beg tangan yang disangkut di bahu kiri ditarik seorang daripada mereka,” katanya.

Menurutnya, perbuatan pembonceng itu menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh di jalan raya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 9:08 AM