FOTO Mohd Sah Muda
FOTO Mohd Sah Muda
Oleh Mohd Sah Muda

Mersing: Seorang daripada dua sahabat yang hilang dihanyutkan arus ketika memancing di Pantai Tanjung Resang, Endau, dekat sini, ditemui lemas petang ini.

Mayat Mohd Hanafiah Yusoff, 43, ditemui timbul tidak jauh dari lokasi dilaporkan hilang, 2.20 petang.

Mangsa dan rakannya yang dikenali sebagai Pian memancing di atas batu sebelum gagal berenang ke pantai berikutan air laut pasang dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu.

Seorang lagi rakannya, Amir Safuan, 19, terselamat selepas berjaya berenang ke pantai sebelum mendapatkan bantuan.

Jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan 1.22 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 6:41 PM