ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat dua pemancing yang terperangkap akibat air pasang. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat dua pemancing yang terperangkap akibat air pasang. FOTO ihsan bomba
Omar Ahmad


Kota Tinggi: Gara-gara leka memancing, dua rakan berdepan detik cemas terperangkap di kawasan berbatu di Pantai Tanjung Balau, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, kedua lelaki berusia 20-an itu tidak menyedari air mulai pasang semasa memancing.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.45 malam.

Beliau berkata, mangsa terperangkap kira-kira dua jam sebelum menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

"Mangsa sedang memancing dan ketika sedang leka memancing air mulai pasang.

"Operasi menyelamat menggunakan sebuah bot nelayan tempatan dan mangsa dijumpai berada di batu tunggul pantai dalam keadaan selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 November 2021 @ 11:43 AM