Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Sebanyak enam kenderaan ditahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam Ops Sapu selepas didapati menjalankan kegiatan kereta sapu di sekitar bandar raya ini, malam tadi.

Pengurus Besar Bahagian Penguat Kuasa dan Latihan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, kesemua kenderaan berkenaan didapati membawa penumpang ke Singapura.

Menurutnya, tindakan terpaksa diambil berikutan banyak aduan diterima daripada pengusaha teksi di sekitar bandar raya itu.

Katanya, ia juga bagi menjaga kepentingan orang ramai kerana berisiko sekiranya berlaku kemalangan disebabkan tidak diinsurans sebagai kenderaan pengangkutan awam.

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Darat (APD) 2010 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 dan dipenjara maksimum satu tahun.

"Selain itu, kami boleh mohon kepada mahkamah untuk lucut hak kenderaan terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 12:03 AM