GAMBAR hiasan,  lelaki Uighur yang berjanggut.
GAMBAR hiasan, lelaki Uighur yang berjanggut.
Agensi

Kashgar, China: Seorang lelaki Islam etnik Uighur di sini dihukum penjara selama enam tahun kerana didakwa ‘membuat provokasi’ dengan menyimpan janggut.

Lelaki berusia 38 tahun itu didakwa di sebuah mahkamah di Kashgar di wilayah Xinjiang selepas pihak berkuasa beberapa kali memberi amaran kepadanya supaya mencukur janggut.

Mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap isteri lelaki itu kerana memakai purdah yang menutup wajahnya.

Pihak berkuasa China mengharamkan lelaki menyimpan janggut kerana berpendapat ia mempunyai kaitan dengan pengganas.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 7:18 AM