GAMBAR fail menunjukkan Kuan Yew berucap di satu perhimpunan Parti Tindakan Rakyat (PAP)  di Farrer Park pada 15 Ogos 1955.
GAMBAR fail menunjukkan Kuan Yew berucap di satu perhimpunan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Farrer Park pada 15 Ogos 1955.
Agensi

Singapura: Pengasas Singapura moden dan bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew meninggal dunia semalam sekali gus meninggalkan legasi yang dicemburui seluruh dunia.

Mendiang berusia 91 tahun.

Sepanjang 23 tahun berkuasa, Kuan Yew sangat digeruni kerana pemerintahan kuku besinya tetapi sangat disanjung dunia selepas berjaya menjadikan pulau kecil itu antara negara terkaya di dunia.

Perdana Menteri pertama dan paling lama berkhidmat, Kuan Yew membawa Singapura dari sebuah bandar pelabuhan kecil menjadi pusat perdagangan dan kewangan dunia.

Mendiang dipilih menerajui negara itu pada 3 Jun 1959 dan walaupun boleh terus berkuasa tetapi beliau memilih untuk menyerahkan tampuk pemerintahan kepada generasi baru dengan berundur Walaupun sudah tidak berkuasa, mendiang masih menjadi tokoh berpengaruh di belakang tabir selama beberapa tahun sehingga kesihatannya merosot.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 7:15 AM