LAPANGAN Terbang Changi Singapura.
LAPANGAN Terbang Changi Singapura.
LAPANGAN Terbang Munich Jerman.
LAPANGAN Terbang Munich Jerman.
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda).
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda).
LAPANGAN Terbang Heathrow London.
LAPANGAN Terbang Heathrow London.
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan.
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Incheon Korea Selatan.
Susunan Siti Salmiah A Hamid


Pihak berkuasa lapangan terbang nampaknya melakukan sesuatu yang dikatakan betul di Singapura.

Bagi tahun ketiga berturut-turut, Lapangan Terbang Changi Singapura menerima gelaran Lapangan Terbang Terbaik Dunia pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax tahunan yang diumumkan di Paris, Rabu lalu.

“Ia adalah satu penghormatan besar apabila dinobatkan oleh Skytrax sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia untuk tahun ketiga berturut-turut.

“Pengiktirafan ini sangat menggembirakan kami kerana ia tepat pada masanya ketika transformasi dilakukan di Lapangan Terbang Changi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Changi, Lee Seow Hiang kepada Skytrax.

Lapangan terbang itu mengendalikan 5,000 ketibaan dan pelepasan seminggu untuk 80 syarikat penerbangan antarabangsa. Bulan ini, Changi menganugerahkan kontrak pembinaan sebanyak RM623.47 juta bagi membesarkan Terminal 1.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia turut dikenali sebagai Anugerah Pilihan Penumpang yang dilancarkan oleh kumpulan penasihat pengangkutan udara Skytrax pada 1999.

Bagi anugerah 2015, ia berdasarkan lebih daripada 13 juta kaji selidik yang dilengkapkan oleh 112 pelanggan syarikat penerbangan pelbagai warganegara antara Mei hingga Januari.

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon berhampiran Seoul dipilih lapangan terbang kedua terbaik di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut.

Jerman berada di tangga ketiga apabila Lapangan Terbang Munich mengekalkan kedudukan yang sama pada 2014. Begitu juga Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong yang menduduki tempat keempat.

Namun, kedudukan lapangan terbang kelima untuk tahun ini berubah apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda) naik satu anak tangga daripada tempat ke­enam pada 2014.

Amerika Utara tidak termasuk dalam senarai lapangan terbang 10 teratas untuk tahun ini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver yang memegang rekod

di kedudukan pertama selama enam tahun berturut-turut jatuh di tangga kesembilan pada 2014

dan di tangga ke-11 pada tahun ini.

Senarai 10 lapangan terbang terbaik dunia menurut Skytrax

1. Lapangan Terbang Changi Singapura

2. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

3. Lapangan Terbang Munich

4. Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

5. Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda)

6. Lapangan Terbang Zurich

7. Lapangan Terbang Antarabangsa Central Jepun

8. Lapangan Terbang Heathrow London

9. Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam

10. Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:08 AM