Ramai pasti tahu majalah Rolling Stone di Amerika Syarikat adalah sebuah majalah yang mempunyai prestij tersendiri. Hanya artis yang benar-benar hebat mampu mengisi kandungan dalam majalah terbabit.

Cukup bertuah, nampaknya kumpulan Block B tidak ketinggalan mendapat peluang diberikan liputan majalah berkenaan bagi kerjaya seni mereka selain siri jelajah yang akan berlangsung nanti.

“Kami sangat kagum dengan populariti Block B yang luar biasa. Peminat mereka sanggup berbaris bertemu kumpulan itu. Bukan saja remaja, mereka turut diminati golongan ‘hipster’ dan pemuzik lain,” kata wartawan majalah berkenaan.

Block B ditemui wakil Rolling Stone, baru-baru ini di sebuah sidang media konsert mereka di Itali. Pada wawancara berkenaan, mereka sempat ditanya mengenai karier serta pengalaman siri jelajah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:15 AM