BOLEH dipasang mengikut gaya hidup pengguna.
BOLEH dipasang mengikut gaya hidup pengguna.
Afiq Hanif


Selepas lima hari berlangsung, pameran komputer ketiga terbesar di dunia, Computex Taipei 2016 berjaya mencatat kejayaan memberangsangkan dengan menampilkan banyak produk baru yang berinovasi tinggi dan moden.

Antara yang sempat IT@Metro lihat termasuk:

Sebuah jam pintar modular, Blocks yang juga peserta Kickstarter. Pengilangnya, Blocks Wearables Ltd memaklumkan jam ini boleh dipasang mengikut gaya hidup pengguna itu sendiri.

Antaranya kesesuaian untuk pengembara yang membolehkan jam dipasang dengan pengesan kadar degupan jantung, GPS, altitud, kad SIM dan bateri tambahan.

Khas untuk atlet, pemasangan jam mengikut perisian pengesan suhu badan, ECG, pengecas kinetik, darah dan degupan jantung.

Manakala bagi pengguna biasa dan mementingkan masa depan, jam Blocks boleh disesuaikan dengan perisian pengesan pergerakan, cap jari dan banyak lagi.

SPESIFIKASI:

BLOCKS

CPU: Qualcomm Snapdragon

Skrin: 1.39 inci AMOLED, 400 x 400 bulat

Sambungan: Bluetooth, WiFi

Bateri: 300mAh

RAM: 512MB

Storan: 4GB

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 1:07 PM