PELBAGAI saiz yang ditawarkan.
PELBAGAI saiz yang ditawarkan.
SIM (kanan) ketika melancarkan Dunlop Formula D05 dan SP Sport J5.
SIM (kanan) ketika melancarkan Dunlop Formula D05 dan SP Sport J5.
Oleh Erywan Norshal


Teknologi tayar berkait rapat dengan perkembangan industri automotif yang lebih mengutamakan keselamatan, sekali gus mampu mengelak kecelakaan di jalan raya.

Kecuaian mengambil berat ketebalan bunga tayar juga menjadi punca kenderaan tidak selamat dipandu, lebih-lebih lagi ketika musim hujan di negara ini.

Justeru tayar jenama Dunlop Formula D05 dan SP Sport J5 yang dikeluarkan Continental Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd (CTPJ) menjadi perintis apabila bunga tayar mempunyai paparan penunjuk simbol hujan dan matahari.

Simbol itu menunjukkan tempoh sesuai serta sebagai peringatan kepada pemandu untuk menukar tayar mereka.

Setiap penunjuk mempunyai ketebalan berbeza membabitkan 0.3 milimeter (mm) bagi simbol hujan, manakala matahari membabitkan 1.6 mm dan jangka hayat tayar berkenaan antara 50,000 hingga 60,000 kilometer.

Kedua-dua tayar itu dibangun menggunakan kejuruteraan teknologi Jerman yang direka mengikut kesesuaian jalan raya di Malaysia.

Malah, produk terbaru itu memberi pengendalian dan cengkaman lebih baik di jalan raya basah dengan tahap kebisingan minimum.

Sementara itu, Pengurus Jualan Kebangsaan CTPJ, Sim Wee Chung berkata, Dunlop Formula D05 didatangkan dengan saiz antara 15 sehingga 18 inci, manakala 12 sehingga 15 inci bagi SP Sport J5.

“Dunlop Formula D05 dan SP Sport J5 yang masing-masing disasarkan bagi kereta berprestasi serta pasaran umum.

“Kedua-dua produk ini mampu ditawarkan kepada lebih 90 peratus segmen kenderaan penumpang di Malaysia dan boleh didapati di 839 kedai seluruh negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 5:01 AM