DUA wanita berjalan di kawasan yang pernah menjadi tempat kediaman mereka, tidak lama selepas bencana melanda.
DUA wanita berjalan di kawasan yang pernah menjadi tempat kediaman mereka, tidak lama selepas bencana melanda.
Agensi

Iitate (Jepun) : Ketika gempa bumi dan tsunami besar mengakibatkan penutupan loji nuklear Fukushima Dai-ichi berhampiran kediamannya, Yumi Kanno tidak teragak-agak bertindak menyelamatkan diri.

Yumi terus membawa anak lelakinya berusia dua tahun dan ibu bapa mentuanya melarikan diri ke rumah keluarganya dalam perjalanan yang memakan masa dua jam.

Kini empat tahun sudah berlalu namun Yumi, 29, dan keluarganya itu masih belum dapat pulang ke rumah mereka di pekan yang satu ketika dulu makmur. Mereka pasrah kemungkinan tidak akan kembali ke situ sampai bila-bila.

Tahap radiasi masih 10 kali ganda melebihi kadar selamat di kawasan sekitar loji berkenaan, manakala puluhan pekan dan bandar masih tidak boleh dimasuki walaupun pelbagai usaha pembersihan dilakukan.

“Pada mulanya saya menyangka kami hanya perlu meninggalkan rumah kami selama beberapa minggu atau bulan. Kini nampaknya kami tidak akan dibenarkan pulang langsung,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 7:18 AM