Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu bakal menubuhkan Sekolah Dalam Hospital (SDH) dalam masa terdekat.

Difahamkan, hospital berkenaan akan menjadi hospital ke 14 yang menubuhkan SDH untuk menyediakan pembelajaran kepada pesakit kanak-kanak dan remaja yang menjalani rawatan di hospital itu.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman merangkap Penaung Hati Nurani berkata, SDH adalah projek persekolahan dalam hospital menerusi projek Hati Nurani dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Yayasan Nurul Yaqeen.

"Setakat ini SDH sudah beroperasi di 13 hospital di seluruh negara dan menunjukkan hasil positif di kalangan pesakit terutama yang mengambil peperiksaan utama di hospital.

"Seramai 50,000 pesakit mendapat manfaat daripada pelaksanaan itu sejak 2011," katanya dalam sidang media selepas Lawatan Kerja di SDH Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 2:03 PM