AZHARI berdoa ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-60. FOTO Bernama
AZHARI berdoa ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-60. FOTO Bernama
Oleh Isma Ismail

Batu Pahat: Berlaku sedikit kekecohan selepas perwakilan Kuala Kedah meluru ke depan pentas dan cuba merampas mikrofon ketika wakil Wilayah Persekutuan sedang membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini, hari ini.

Redzuan Abu Bakar berbuat demikian selepas Dr Azhari Ariffin menyampaikan ucaptamanya dengan menyampaikan doa yang didakwa menghentam pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, situasi berkenaan berjaya ditenangkan petugas muktamar.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan perwakilan lain membahaskan ucapan dasar Presiden.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 September 2014 @ 6:36 PM