PERGERAKAN Puteri UMNO Bahagian Sri Gading bergambar sebelum masuk kedalam dewan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). FOTO Aziah Azmee
PERGERAKAN Puteri UMNO Bahagian Sri Gading bergambar sebelum masuk kedalam dewan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). FOTO Aziah Azmee
BERNAMA

KETIKA-TIGA sayap UMNO – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – mengadakan perhimpunan masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Setiap ketua sayap akan menyampaikan ucapan dasar disusuli pembentangan usul dan perbahasan.

Pergerakan Wanita bersidang di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn dan Puteri di Dewan Merdeka bermula kira-kira 9 pagi.

Ketiga-tiga sayap mengadakan perhimpunan agung masing-masing selepas dirasmikan secara serentak, malam tadi, oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Seramai 994 anggota perwakilan menghadiri perhimpunan pergerakan Wanita manakala Pemuda dan Puteri masing-masing disertai 992 anggota perwakilan, sebelum Perhimpunan Agung Umno 2017 selama tiga hari, bermula esok.

Keseluruhannya 5,739 anggota perwakilan UMNO dari seluruh negara menghadiri perhimpunan tahunan parti kali ini yang dijadual berakhir Sabtu.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijadual diadakan pada 8.30 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2017 @ 9:19 AM