BERENANG di kolam renang mencari ketenangan.
BERENANG di kolam renang mencari ketenangan.
Oleh Nur Saliawati Salberi


Suasana tenang, damai dan sejuk mata memandang pastinya mencetuskan keselesaan kepada pelanggan yang melangkah masuk ke Hotel Premiere Klang.

Bertaraf empat bintang, Hotel Premiere yang disesuaikan dengan reka bentuk moden serta kemudahan 'trendy' bukan saja menjadi tumpuan golongan korporat, malah seisi keluarga.

Terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang, hotel itu menjadi tumpuan kerana berada di lokasi strategik iaitu hanya 30 kilometer (km) dari Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ).

Ia menyediakan 250 bilik membabitkan Superior, Deluxe, Grand Executive dan Perdana Suite.

Pengurusnya, Sonny Gan berkata, selepas empat tahun beroperasi, Hotel Premiere menjanjikan perkhidmatan dan keselesaan kepada pelanggan.

"Di Hotel Premiere, kami mempunyai Executive Lounge di tingkat 18 bagi pelanggan yang mahukan privasi selain menikmati pemandangan ­­bandar Klang.

"Hotel Premiere juga menjadi pilihan ahli perniagaan dan pelabur dari Singapura, Jepun, China dan Australia untuk menginap," katanya.

Bagi menarik lebih ramai pelanggan, Hotel Pre­miere menawarkan promosi atau pakej tertentu sempena musim perayaan selain pakej perkahwinan dan berbulan madu.

Tidak lengkap menginap di hotel itu anda tidak singgah ke kafe The Buzz di tingkat ba­wah un­tuk merasai ke­enakan dan ke­la­za­tan hidangan yang disediakan disitu.

Mi Kari Nyonya adalah hidangan 'signature' Hotel Premiere apabila menjadi menu wajib di setiap waktu makan. Selain itu, sambal udang petai dan asam pedas ekor juga antara hidangan utama yang menjadi pilihan pelang­gan.

Bagi peminat masakan Cina, mereka boleh memilih restoran Royal Gourment.

Bagi membolehkan pelanggan memanjakan diri, Sompoton Spa ditingkat satu hotel itu menyediakan perkhidmatan spa organik.

"Kami juga menyediakan kaunter khas perkhidmatan bas ekspres untuk me­ngambil dan menghantar pelanggan ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dengan kadar bayaran RM10 untuk perjalanan sehala," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:02 AM