SAAYA Harada (dua kanan) dan tiga rakannya melihat slip keputusan SPM yang diterima mereka. FOTO Hamzah Osman
SAAYA Harada (dua kanan) dan tiga rakannya melihat slip keputusan SPM yang diterima mereka. FOTO Hamzah Osman
SAAYA Harada menunjukkan slip keputusan SPM yang diterimanya di sekolah. FOTO Hamzah Osman
SAAYA Harada menunjukkan slip keputusan SPM yang diterimanya di sekolah. FOTO Hamzah Osman
Oleh Hamzah Osman


Langkawi: Seorang pelajar warga Jepun Saaya Harada, 18, membuktikan kejayaan pasti menjelma sekiranya berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti jemu.

Gadis berkenaan yang menjejakkan kaki ke negara ini tanpa boleh bertutur bahasa Melayu mampu memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang yang kini boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan adalah calon tunggal sekolah itu yang mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Yamaguchi, Jepun itu tiba di Langkawi pada 2007 kerana mengikut ibu bapanya yang bekerja di sini.

"Saya langsung tidak boleh bercakap sepatah pun bahasa Melayu tapi sekarang gembira apabila lulus cemerlang dalam bahasa itu dalam SPM.

"Kejayaan ini amat menggembirakan dan saya bercadang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang perubatan," katanya ketika ditemui selepas mengambil slip keputusan SPM di sekolah itu, hari ini.

“Saya memperoleh A+ dalam Matematik, manakala bahasa Melayu, Inggeris, Sejarah, Kimia, Matematik Tambahan dan Biologi (A) dan Pendidikan Moral serta Fizik (A-),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 12:19 PM