MANGSA menerima rawatan daripada anggota bomba. FOTO Mohd Hilmi Mahmud

Oleh Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: Dua beranak yang hilang selepas tersesat di Bukit Jambul ditemui dalam keadaan selamat oleh sepasukan anggota bomba, 3 pagi tadi.

Terdahulu, dua beranak itu mendaki bukit berkenaan pada 6 petang semalam namun tersesat ketika dalam perjalanan turun.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon 1 Pulau Pinang, Abdul Rahman Jamal Abdul Nasir berkata, mangsa dan anaknya dipercayai sesat kerana keadaan gelap dan gagal mencari laluan untuk turun.

"Kami memulakan operasi pada 12 tengah malam selepas mendapat panggilan daripada ahli keluarga mangsa yang khuatir dengan keselamatan dua beranak itu yang tidak pulang selepas mendaki bukit berkenaan.

"Usaha mengesan mangsa membabitkan enam kumpulan dan selepas tiga jam operasi dilancarkan dua beranak itu ditemui dalam keadaan selamat," katanya.

Mangsa ditemui dalam keadaan keletihan namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 11:18 AM