BELON udara panas yang dilaporkan mendarat di kawasan perkuburan Cina Mount Eskrine berikutan keadaan angin kuat namun tiada sebarang kecerderaan.
BELON udara panas yang dilaporkan mendarat di kawasan perkuburan Cina Mount Eskrine berikutan keadaan angin kuat namun tiada sebarang kecerderaan.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Satu belon udara yang melakukan penerbangan solo sempena Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2015 terpaksa mendarat di kawasan tanah perkuburan Cina di Mount Eskrine, di sini, hari ini, kerana faktor angin.

Kejadian 7.40 pagi itu berlaku ketika belon yang dikendalikan juruterbang mendarat selepas melakukan penerbangan sejauh 3.2 kilometer dari Taman Belia, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif AKA Ballons Sdn Bhd, Izzati Khairudin, berkata pendaratan itu adalah sebahagian daripada tindakan biasa selain faktor keselamatan perlu diambil kira bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Juruterbang yang mengendalikan belon panas itu akan mencari ruang yang selamat untuk mendarat.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kita harap tiada pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2015 diadakan Sabtu dan Ahad, di Padang Polo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Februari 2015 @ 6:24 PM