ANTARA belon udara panas berlegar di Padang Polo. FOTO Ramdzan Masiam
ANTARA belon udara panas berlegar di Padang Polo. FOTO Ramdzan Masiam
ANTARA belon udara panas berlegar di Padang Polo. FOTO Ramdzan Masiam
ANTARA belon udara panas berlegar di Padang Polo. FOTO Ramdzan Masiam
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Lima belas belon udara panas dengan pelbagai bentuk istimewa mewarnai Pesta Belon Udara Panas Pulau Pinang 2016 yang diadakan di Padang Polo, di sini, pagi tadi.

Pesta yang diadakan buat kali kedua itu dijangka menarik perhatian lebih 150,000 pengunjung dalam dan luar negeri selain menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program dua hari itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AKA Ballon Sdn Bhd, Nur Izzati Khairudin berkata, untuk tahun ini pelbagai kelainan disediakan khas buat pengunjung sebagai tarikan pada program yang bermula seawal 6 pagi hingga 9 malam.

Beliau berkata, enam belon udara panas berbentuk pelbagai watak daripada pelbagai negara mengambil bahagian termasuk Zebra Head, Ais Krim, The Orange, Three Wise Monkey, Alien Rocket dan Montgolfer yang didatangkan khas dari Belgium dan Amerika Syarikat.

"Tiga belon udara panas akan digunakan sebagai ujian penerbangan di Nibong Tebal dan empat lagi belon udara panas disediakan untuk pengunjung yang ingin menaiki belon," katanya ketika ditemui, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Februari 2016 @ 11:30 AM