Kuala Lumpur: Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada 150 atlet dan pegawai dari 15 negara yang akan menyertai Kejohanan Woodball Universiti Dunia ke-4.

Kejohanan enam hari bermula hari ini akan berlangsung di Woodball Fairways, Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra dengan dikawal selia Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU).

Selain Malaysia, turut mengambil bahagian Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Mongolia, Nepal, Singapura, Taiwan, Thailand, Uganda.

Dua kategori dipertandingkan iaitu ‘Stroke’ (perseorangan, berpasukan lelaki dan wanita) dan ‘Fairway’ (perseorangan, beregu lelaki, wanita dan campuran) dengan 9 pingat emas, 9 perak dan 18 gangsa ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 5:05 AM