Kuala Lumpur: Pelawak dan pelakon popular Zizan Razak tercalon dalam tiga kategori di Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH2014) selepas pengumuman calon Top 5 bagi 15 kategori dipertandingkan di hotel di sini, hari ini.
Zizan dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pengacara TV Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.
Turut diumumkan finalis untuk setiap tujuh kategori online.
Selain calon yang sinonim dengan ABPBH seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Fara Fauzana, Datuk Aznil Nawawi, Didie Alias, Jihan Muse, Hafiz dan Stacy, muka baru seperti Ayda Jebat, Amyra Rosli, Puteri Balqis dan Zul Ariffin juga dilihat menepati ramalan apabila turut dicalonkan.
Pengumuman dilakukan Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2014 Shamshul Azree Samshir.
Hadir sama, Pengarang Kumpulan BH yang juga penaung ABPBH 2014, Datuk Mahfar Ali.
ABPBH 2014 yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena Of Stars, Genting Highlands dan disiarkan di TV3 dan radio Hot FM pada 9 malam, 5 April ini.
TOP 5 ABPBH 2014
Artis Baru Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan
Artis Baru Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis
Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak
Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya
Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama
Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy
Artis Duo / Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz
Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad
Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse
Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)
Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)