PASANGAN mempelai bergambar kenangan dengan anggota keluarga yang hadir.
PASANGAN mempelai bergambar kenangan dengan anggota keluarga yang hadir.
ACARA kemuncak ialah ketika pasangan pengantin memotong kek.
ACARA kemuncak ialah ketika pasangan pengantin memotong kek.
PASANGAN raja sehari ketika bersanding di pelamin yang dihias indah.
PASANGAN raja sehari ketika bersanding di pelamin yang dihias indah.
Oleh Ramlah Zainal


Pertemuan pertama penulis skrip Fadzil Zahari dan Yana Samsudin ialah ketika dia menemani abangnya, pelakon Farid Kamil di lokasi penggambaran filem V3 Samseng Jalanan (Remp-V3) pada 2008.

Hati Fadzil, 32, mula terpaut pada Yana, 31, dan terus menghantar rombongan merisiknya pada 16 September 2010, tetapi pelakon filem Adnan Sempit dan Wawa Semput itu belum bersedia ketika itu.

Justeru, Fadzil terpaksa memendam hasratnya untuk melamar Yana dan mereka memutuskan untuk berkawan baik terlebih dulu.

Namun, jodoh dan pertemuan ketentuan Allah SWT.

Hati Yana akhirnya terbuka untuk menerima Fadzil selepas jejaka itu sekali lagi menghantar rombongan merisik pada 14 Disember tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 5:04 AM