RUMAH dan satu daripada dua kereta yang musnah terbakar. FOTO ihsan bomba
RUMAH dan satu daripada dua kereta yang musnah terbakar. FOTO ihsan bomba
Oleh Shamsul Munir Safini

Kangar: Lima kenderaan dan rumah musnah dalam satu kebkaran di Kampung Abi Batas Paip di sini, 12.50 tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, rumah kayu dua tingkat musnah sama sekali serta dua kereta dan tiga motosikal dan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Komander Operasi, Pegawai Kanan, Penguasa Bomba Zaharul Amin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan pada 12.54 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 1.08 petang.

Katanya, pihaknya mengambil masa kurang setengah jam bagi mengawal kebakaran sebelum kesemuanya berjaya dikawal pada jam 1.28 petang.

Menurutnya, api marak dengan cepat berikutan struktur rumah yang dibina dngan kayu dan batu serta cuaca panas di negeri ini sejak sebulan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 3:39 PM