SOBRI Osman.
SOBRI Osman.
Oleh Mohamad Hussin

Jitra: “Kebanyakan remaja yang berjumpa saya memaklumkan mahu ke Syria kerana mahu mati syahid. Selepas saya menerangkan kesan buruk selain menterjemahkan menerusi al-Quran dan hadis mereka mula berubah hati.

“Ada juga yang sudah membeli tiket kapal terbang untuk berlepas ke negara Arab tanpa pengetahuan ibu bapa mereka,” kata Pengerusi Persatuan Jemaah Pondok-Pondok Kedah Sobri Osman yang mendedahkan generasi muda yang ingin menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

Beliau yang juga pengasas Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah, di sini, berkata, kebanyakan individu itu ‘tertipu’ dengan slogan jihad serta konsep syahid yang menjadi tawaran utama IS, terutama selepas terpengaruh dengan konsep perjuangan yang disebarkan melalui Internet.

“Saya pernah didatangi individu di madrasah saya di Jitra... mereka berminat berjuang atas tiket jihad melalui IS. Ini mengejutkan saya sebab rata-rata mereka orang muda dan ada yang masih remaja serta baru lepas sekolah, tetapi bersungguh-sungguh nak ikut jihad.

“Mereka mendakwa IS jihad yang direstui agama... mereka datang mendapatkan nasihat sebelum benar-benar serius menyertainya. Rata-rata mengakui tidak kisah mati berjuang dalam IS kerana ganjaran pahala dan syurga sudah menunggu,” katanya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 6:02 AM