Oleh Ruhaiza Rusmin


Lebih 230 penyelidikan berimpak tinggi Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam pelbagai bidang dipamerkan pada Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi ( PRPI) baru-baru ini.

Program dua hari itu bertujuan menyediakan platform mempamerkan hasil penyelidikan dan inovasi UPM bagi membuka peluang pasaran serta jaringan kepada industri.

Turut dipamerkan ialah 20 inovasi pelajar sekolah menengah dari seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:01 AM