ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah Noraini di Kampung Jeram Batu, awal pagi  semalam.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah Noraini di Kampung Jeram Batu, awal pagi semalam.
Oleh Syazwan Msar


Kuala Lipis: Pilu hati seorang ibu apabila hanya mampu melihat anak perempuannya rentung di depan mata walaupun sudah mengerah kudrat menyelamatkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Jeram Batu, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa, Nur Ain Nadirah Roslan, tidur bersama dua kakaknya iaitu, Rozita, 13, dan Nur Masitah, 10, di dalam sebuah bilik di rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, ibu malang itu, Noraini Sulaiman, 39, terdengar bunyi bising sebelum mendapati api sudah marak dan rumah dipenuhi mereka asap.

"Noraini terus menjerit mengejutkan lapan anak serta adik iparnya untuk keluar menyelamatkan diri kerana ketika itu api sudah marak dan membakar sebahagian besar rumah papan berkenaan.

"Dalam keadaan kelam-kabut, Noraini menggagahkan diri menyelamatkan Rozita, Nur Masitah dan mangsa yang masih berada di dalam bilik mereka," katanya, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 6:19 AM