ABD Aziz cedera selepas terkena tembakan.
ABD Aziz cedera selepas terkena tembakan.

Kuala Pilah: Polis menahan seorang warga emas berhubung kejadian seorang pemikat ayam hutan parah terkena tembakan peluru sesat dalam kejadian di Kampung Tengkek, dekat sini, jam 9 pagi, kelmarin.

Lelaki berusia 78 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Kasau, Tengkek, jam 4 petang hari sama bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim dihubungi berkata, sejurus maklumat kejadian diterima, pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah mengesan suspek.

"Polis turut merampas selaras senapang patah, lapan kotak peluru penabur pelbagai saiz dan model serta sepasang pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian.

"Atas faktor usia, suspek dilepaskan dengan dijaminan keluarganya sejurus keterangan lengkap dirakam pegawai penyiasat kes," katanya yang memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:25 AM