KEDINGINAN air sungai di Hutan Lipur Jeram Tengkek cukup menyegarkan.
KEDINGINAN air sungai di Hutan Lipur Jeram Tengkek cukup menyegarkan.

Hanya mengambil masa kira-kira 30 minit pemanduan dari pekan Batu Kikir, Hutan Lipur Jeram Tengkek yang terletak di Hutan Simpan Serting, Negeri Sembilan menjadi antara lokasi riadah pilihan ramai.

Hutan dipterokarp pamah (kawasan hutan di ketinggian 300 meter dari paras laut) ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan selain landskap batu-batan pelbagai bentuk.

Menariknya, Sungai Jempol dan Sungai Tanun yang mengalir membentuk jeram semula jadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah dan beriadah.

Kemudahan seperti pondok rehat dan surau yang disediakan memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Aktiviti perkhemahan juga boleh dilakukan di sini. Bagaimanapun, pengunjung perlu meminta kebenaran Pejabat Hutan Daerah terlebih dahulu.

Menariknya, pengunjung juga boleh melawati perkampungan Orang Asli berhampiran.

Untuk ke Hutan Lipur Jeram Tengkek, anda perlu melalui jalan NR9 dari Kuala Pilah hingga Batu Kikir. Kemudian ikut jalan N19 seterusnya N124, sehingga pengunjung sebelum sampai ke Kampung Tengkek Kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 6:14 AM