ANGELINA Jolie kukuhkan kedudukan sebagai pengarah.
ANGELINA Jolie kukuhkan kedudukan sebagai pengarah.
baru-baru ini)

Pagi itu, pada 2 Disember lalu, bandar raya Manhattan cukup dingin apabila disimbah titik hujan. Melangkahkan kaki keluar dari Le Parker Meridien di 57th Street, hawa sejuk empat darjah Celsius terus menyambar pipi saya.

Meskipun kesejukan, sengaja saya tidak memilih 'yellow cab' sebaliknya lebih seronok berjalan kaki di bawah sekaki payung dalam sut biru Lord's Tailor untuk melihat panorama di kota metropolitan paling hebat itu.

Arah tuju pagi itu cuma satu-berjalan menuju sebuah lagi hotel mewah, Mandarin Oriental yang tersergam di 60th Street berhampiran Columbus Circle. Semuanya kerana ingin bertentang mata dengan Angelina Jolie-aktres handalan yang akan memperkatakan mengenai karya terbaru arahannya-Unbroken.

Pada malam sebelumnya, saya dan ramai lagi wakil media antarabangsa serta pengkritik filem terlebih dulu diundang menonton filem itu di Loews Theatres, Lincoln Square. Semuanya diaturkan cawangan United International Pictures (UIP) di pelbagai negara.

Lalu, ingatan saya masih lagi segar untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Jolie. Bagi saya inilah momen yang saya tunggu-tunggu kerana mendapat peluang berganda iaitu bertemu bintang pujaan di kota impian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 January 2015 @ 5:50 AM