LIPAS yang berada di tempat letak pinggan di satu daripada kedai yang diperiksa. FOTO Muhammad Zuhairi
LIPAS yang berada di tempat letak pinggan di satu daripada kedai yang diperiksa. FOTO Muhammad Zuhairi
Nur Saliawati Salberi


Melaka: Lima restoran di daerah Melaka Tengah diarahkan tutup selama 14 hari selepas pemeriksaan penguat kuasa Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) Jabatan Kesihatan Negeri mendapati premis terbabit berada pada tahap kebersihan tidak memuaskan dalam Operasi Tom Yam , semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman berkata, operasi itu dijalankan selama tiga jam bermula 8 hingga 11 malam, selepas pihaknya mendapat aduan daripada orang awam.

Katanya, operasi itu juga bertujuan untuk melindungi pengguna khususnya pelanggan daripada kemudaratan kesihatan dan bahaya penyakit keracunan makanan.

"Dalam operasi semalam sebanyak lapan premis diperiksa hasilnya lima diarahkan tutup sementaraapabila tahap kebersihan premis tidak memuaskan.

"Selain 13 kompaun yang kesemuanya berjumlah RM4, 500 dikeluarkan kepada pemilik premis selain dua paket serbuk teh dipercayai dicampur pewarna tiruan turut dirampas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 7:07 PM