Dalam drama Pretty Little Liars, Ashley Benson, 25, tidak kisah didekati mana-mana lelaki. Realitinya, pelakon jelita itu cerewet dan berhati-hati dalam memilih pasangan.

Ashley tidak menolak kemungkinan memilih lelaki biasa sebagai kekasih. Ia dapat mengelak perhatian berlebihan media dan peminat terhadapnya serta pasangan hingga mengganggu privasi.

“Saya tidak mungkin dapat hidup dengan lelaki glamor seperti Angelina Jolie. Bagaimanapun, saya memuji mereka kerana dapat mengekalkan privasi meskipun kedua-duanya popular.

“Saya dapat bayangkan bukan mudah untuk mereka mengekalkan privasi. Saya tidak yakin dengan diri dan tidak mungkin dapat jadi seperti mereka,” katanya.

Walaupun Ashley gemar bawa watak mencabar, dia tidak suka kamera dihalakan kepadanya di luar waktu kerja. Dia turut mengakui berasa gementar ketika melangkah di karpet merah.

“Apabila berjalan di karpet merah, ramai orang memanggil nama saya. Gambar juga diambil dari pelbagai arah. Situasi itu buat saya kurang selesa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:01 AM